Budu yang sudah terkenal di kalangan penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai salah satu hidangan wajib ini biasanya akan dihidangkan bersama ulam-ulaman. Perusahaan Budu yang biasanya hanya terdapat di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pantai ini membolehkan para pengusaha mendapatkan bahan mentah yang berupa ikan bilis lebih segar dan cepat.
BUDU CAP LIMAU
Syarikat Azizah M. Sharif yang mengeluarkan Budu Cap Limau di Kuala Besut ini sudah memasuki era generasi ke-3. Pengusaha awal adalah Puan Azizah @ Mek bt. Abdullah telah memulakan operasi di rumah sendiri sejak tahun 1975 dengan pengeluaran hanya 10 botol sehari. Kini kilang ini telah diambil alih oleh anaknya dan diuruskan oleh generasi cucunya bersama suami dan dibantu oleh 9 orang pekerja.
Proses bermula dengan menjeruk ikan bilis bersama garam selama enam bulan yang kemudiannya ditapis dan dimasak sebelum dibotolkan. Mereka menyediakan dua saiz botol yang kecil dan besar dengan kandungan yang berbeza. Kini setiap hari kilang ini berupaya untuk mengeluarkan 90 - 100 dozen sehari untuk botol besar dan sebanyak 170 dozen botol kecil. Setiap botol yang kecil dijual pada di kilang dengan harga RM6.50 sedozen atau 80 sen sebotol di kedai-kedai dan bagi botol besar pula dijual pada harga RM12.00 di kilang atau RM1.40 sebotol di kedai-kedai.
Info:
*Lokasi kilang ini bersebelahan dgn sekolah men keb kuala besut
by,
Parid Rasa Sayang
No comments:
Post a Comment