Monday, May 24, 2010

Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long

Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long, Kampung Raja, Besut ini merupakan satu pusat latihan bagi melatih belia menghasilkan kraf berupa ukiran berasaskan kayu. Tapak bagi pusat ini merupakan tapak asal istana Tengku Long yang kini telah dipindahkan ke muzium negeri di Losong, Kuala Terengganu. Besut merupakan satu2 nya daerah bagi negeri Terengganu yang banyak menghasilkan ukiran-ukiran kayu yang bermutu tinggi dan terkenal di seluruh dunia.Bagi para pengungjung yang ingin melihat sendiri cara perbuatannya...sila rujuk seperti di bawah .Besut hebat sokmo!

Info:
* Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long 
PA 1043, Pusat Kraf,
Jalan Tengku Long,
Kg Raja,
22200 Besut,
Terengganu
* No tel: 09-6954823 / 3823
* No fax: 09-6958823

* selain pusat kraf ini...masih lagi terdapat banyak pusat kraf ukiran kayu di sekitar Besut. Gambar akan diupload kemudian...tungguuuuu :)

by,
Parid Rasa Sayang 

No comments:

Post a Comment

MoHd Parid Ismail (Parid Rasa Sayang) a boatman at Perhentian Island. Call me 012-9831970 or mail anemones747@gmail.com. Member of Terengganu Tourist Guide (TTGA) No: TG8796 (Tourist Guide Licenced)