Sunday, May 23, 2010

Gong Kedak, Besut

Gong Kedak merupakan salah satu pangkalan tentera udara Malaysia di bahagian Pantai Timur. Di sini ada menempatkan pesawat serbaguna Shukoi 30 mkm 2 crew. Mungkin agak asing kepada masyarakat luar apabila terdengar bunyi deruan pesawat yang kuat atau terlihat pesawat terbang rendah di ruang udara sewaktu melakukan latihan. namun tidak bagi kami. penduduk sekitar besut. Gelagat dan aksi pesawat ini sudah menjadi tontonan biasa bagi kami.pesawat sebanyak 18 biji berharga 3.4 bilion ini menjadi kebanggaan kami malah menjadi tarikan kepada pelancong asing terutamanya pelancong dari Eropah. aksi-aksi pesawat ini boleh dilihat hampir setiap hari disekitar kuala besut dan pulau perhentian terutamanya pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat so jangan terkejut bila terdengar ngauman pesawat terbang rendah terutama dipantai long beach perhentian kecil
( Negeri Terenganu bercuti hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu ). 
Uniknya Terengganu...


Sedikit info mengenai Shukoi 30 mkm:
* Berkelajuan 2 mach
*Boleh terbang 3-4 jam tanpa minyak tambahan
* Mempunyai 12 tempat senjata
* Dilengkapi dengan radar canggih





* Video ini dirakam sewaktu LIMA 09
by,
Parid Rasa Sayang 

No comments:

Post a Comment

MoHd Parid Ismail (Parid Rasa Sayang) a boatman at Perhentian Island. Call me 012-9831970 or mail anemones747@gmail.com. Member of Terengganu Tourist Guide (TTGA) No: TG8796 (Tourist Guide Licenced)