Permulaan- dari Lata Belatan
Di hadapan kami adalah Sungai Cakah di ketinggian 1350m
Batu Mat Hassan di ketinggian 4160m
Jendela Pandang di ketinggian 4750m
Pemandangan dari puncak gunung tebu
Gunung Tebu
Gunung Tebu merupakan gunung pertama yang pernah saya daki. Saya mengambil masa 4 jam untuk naik dan 3 jam untuk turun. Sungguh memenatkan tapi kepuasan di puncak gunung tak siapa yang dapat bayangkan. treknya tidak la sesukar mane tetapi agak mencabar. anda perlu melintas anak sungai cakah dan seterusnya akan tiba ke batu mat hassan. menurut cerita, dari batu mat hassan ke atas...jin islam yang jaga..manakala batu mat hassan ke bawah..dikuasai oleh jin jahat. seterusnya kita akan bertemu dengan jendela pandang. di sini terdapat satu sudut di mana kita dapat melihat pemandangan yang sangat cantik di ketinggian 4740m. selepas 200m kemudian, di ketinggian 4950m anda akan bertemu dengan punca air..di mana ia merupakan punca bagi air terjun lata belatan. setelah hampir 4 jam...akhirnya puncak gunng tebu telah dapat ku tawan. di ketinggian 3401 kaki ( 7088 m )...Yahooooo..jika anda mendaki ke sebelah kanan puncak iaitu menuju ke tapak perkhemahan...anda akan bertemu dengan satu kubur. menurut cerita..kebanyakan orang-orang yang belajar silat akan ke sini untuk bertapa. dari kawasan perkhemahan ini lah anda akan dapat menyaksikan pemandangan yang istimewa. dari sini juga anda akan dapat melihat pulau perhentian jika keadaan tidak berkabus.bagi sesiapa yang ingin mencuba..bleh la dapatkan maklumat di kaunter jabatan perhutanan unutk khidmat nasihat dan juga bayaran permit iaitu RM5.00 seorang sebelum melakukan pendakian. terdapat juga chalet dan resort di kaki gunung tebu iaitu di lata belatan serta kemudahan asas yang lain seperti kedai makan dan surau serta tapak perkhemahan. Selain itu juga abagi anda yang mahukan khidmat guide juga turut disediakan.selamat bercuti!
by,
Parid Rasa Sayang
No comments:
Post a Comment