Masjid Kristal
Ramai yang mengetahui apa itu Masjid Kristal tapi ramai yang terpinga-pinga di mana Taman Tamadun Islam. Hakikatnya...Masjid Kristal adalah sebahagian daripada Taman Tamadun Islam. Cetusan idea mantan perdana menteri kita bersama mantan Menteri besar Negeri Terengganu...taman ini selamat terbina di Pulau Wan Man , Kuala Terengganu. Mungkin tak terlintas di fikiran kita sebelum ini namun hari ini...kita mampu berbangga yang hanya negeri Terengganu memilikinya. Satu- satunya di dunia. Wow...itu saja yg mampu ku luah kan.Bersama 21 monumen keagungan Islam dari seluruh dunia, bersama dengan keunikan Masjid Kristal..ia bukan setakat meningkatkan kedatangan pelancong ke sini malah penduduk tempatan juga mampu tersenyum dengan peluang-peluang pekerjaan yang banyak. Hati ku lg terusik apabila para pelancong asing terutama pelancong dari Eropah memuji-muji akan keindahan Masjid Kristal itu sendiri even dengan hanya memandang sekeping gambar. Terfikir sejenak...kenapa segelintir masyarakat kita memperlekehkan tentang kewujudan taman ini sedangkan masyarakat luar memandang tinggi akannya????????
by,
Parid Rasa Sayang
by,
Parid Rasa Sayang
No comments:
Post a Comment