Sunday, July 18, 2010

Coral Bleaching?

Fenomena keputihan terumbu karang perkara biasa .Ia terjadi selang beberapa tahun akibat kadar air meningkat. ia akan bertukar warna putih kerana ia berada di bawah tekanan. tekanan ini pula datang daripada pelbagai faktor terutama keadaan suhu air yang meningkat akibat pemanasan dunia. terumbu karang tidak boleh hidup dalam suhu air yang terlalu sejuk atau panas. suhu air Perhentian meningkat kepada 31 hingga 32 darjah celcius. suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah antara 27 hingga 29 darjah celcius. terumbu karang mendapat makanan daripada alga yang berada di dalamnya. bila suhu air meningkat, alga akan berpindah ke tempat lain yang lebih sejuk. proses ini dipanggil simbiosis. selepas alga meninggalkan terumbu karang..ia akan berubah menjadi putih. jika suhu air meningkat, ia akan mati kerana ketiadaan makanan. maslah ini di panggil coral bleaching. jika suhu air kembali menurun terumbu karang yang berwarna putih itu akan berada dalam proses pemulihan. ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk pulih seperti sedia kala. ini lebih baik daripada biarkan ia mati kerana ia mengambil masa yang lama untuk tumbuh baru.


sumber: hmetro ( 18/7/2010)
( temubual bersama Timbalan Pengarah Institut Sains 
Bumi dan Laut,Universiti Malaya, Dr Azhar Hussin )



by,
Parid Rasa Sayang

No comments:

Post a Comment

MoHd Parid Ismail (Parid Rasa Sayang) a boatman at Perhentian Island. Call me 012-9831970 or mail anemones747@gmail.com. Member of Terengganu Tourist Guide (TTGA) No: TG8796 (Tourist Guide Licenced)