Wednesday, July 7, 2010

Cerita si Gecko


Spesis cicak ini banyak terdapat di Pulau Perhentian. Warnanya boleh berubah mengikut keadaan. Ia seperti spesis cicak biasa tetapi saiznya agak besar. malah pada hari ini..ramai yang menjadikan gecko sebagai binatang belaan terutama dari spesis Leopard Gecko yang dihasilkan secara mutasi dengan pelbagai keunikan warna.harganya juga mencecah ratusan ringgit. menariknya di Pulau Perhentian..gecko merupakan binatang liar yang boleh dijumpai di mana- mana sahaja. ia boleh mengeluarkan bunyi yang agak kuat. dan bising Menurut cerita  lama penduduk kampung setempat...cicak ini terhasil dari gabungan biawak dan ikan pari  (blue spot stingray). ia berdasarkan daripada rupanya dan fizikalnya yang seakan biawak dan mempunyai tompok-tompok seperti yang terdapat pada seekor ikan pari. hal ini sedemikian kerana terdapat banyak biawak sementara ikan pari pula sememangnya mudah untuk dijumpai di sekitar pantai-pantai di Pulau Perhentian...emmm agak menarik akan ceritanya...tetapi rentetan daripada kisah tersebut..masyarakat di pulau ini masih lagi mempunyai kepercayaan sedemikian...buktinya...mereka tidak memakan ikan pari dari spesis tersebut sehingga kini  :)


by,
Paris Rasa Sayang

No comments:

Post a Comment

MoHd Parid Ismail (Parid Rasa Sayang) a boatman at Perhentian Island. Call me 012-9831970 or mail anemones747@gmail.com. Member of Terengganu Tourist Guide (TTGA) No: TG8796 (Tourist Guide Licenced)