Saturday, May 22, 2010

Ya Bani Ya Badang



by,
Parid Rasa Sayang
*Lagu ni mmg sukar tuk di dengari..and ade juga anak-anak terenganu yang xkenali lagu rakyat sendiri.

Wednesday, May 19, 2010

Masjid Hadhari, Jerteh

Ikon terkini bandar Jerteh. Masjid di tengah2 bandar jerteh ni bukan sahaja menarik dari pandangan mata setiap pengungjung yang datang ke sini...malah ia merupakan satu masjid moden yang terkini bersebelahan dgn anak sungai jerteh. selain untuk beribadat, masjid ini juga menyediakan kelas komputer dan kelas agama. cukup selesa dan bersih. mempunyai lif untuk ke tingkat atas.kemudahan parking di tingkat bawah masjid serta tempat beriadah. Akan datang...Masjid Kayu....tungguuuuuuu...

by,
Parid Rasa Sayang

Snap...snap...snap...LTSM + Teluk Ketapang

Actually dah lama snap pic nih..dlm bulan November 2009 tp skrg baru upload huhuhu bila ke Kuala Terengganu...of course jalan nih yg aku akan lalu..jln belakang lapangan terbang...nice view..believe me! Pakej 2 in 1 lg heheheheh tgk kapal terbang landing sambil ambik angin pantai...kat sana ade banyak gerai2 makan...sesuai tuk bersantai bersama family n yang tersayang....jom jalan jalan....pakat mai ganu ramai2.. :)

Simple video....enjoy!



by,
Parid Rasa Sayang

Uniknya Terengganu...

Bot Nelayan
 Dari bulan April hingga bulan Julai..setiap tahun musim untuk mencandat sotong. time2 begini..lautan umpama pasang malam.laut china selatan yang terbuka luas penuh gelagat manusia. samada nelayan tempatan mahupun pengunjung luar yang ingin merasai pengalaman mencandat sotong. sebagai anak tempatan..malahan hampir setiap hari "bermain"  di lautan...panorama ini sgt menghiburkan. bertuah nye aku di sini...TERENGGANU! BUMI MU BUMI BERTUAH!!! rezeki ade di mana-mana..biar ujan ribut panas melanda..nikmat mu tidak prnh kurang...bagi pengungjung yang ingin merasai pengalaman ini...pakej-pakej bleh di dapati di setiap travel agent sekitar kuala besut ( berhampiran jeti ke pulau perhentian ). SELAMAT MENCUBA!

by, 
Paris Rasa Sayang

Taman Tamadun Islam

Masjid Kristal

Ramai yang mengetahui apa itu Masjid Kristal tapi ramai yang terpinga-pinga di mana Taman Tamadun Islam. Hakikatnya...Masjid Kristal adalah sebahagian daripada Taman Tamadun Islam. Cetusan idea mantan perdana menteri kita bersama mantan Menteri besar Negeri Terengganu...taman ini selamat terbina di Pulau Wan Man , Kuala Terengganu. Mungkin tak terlintas di fikiran kita sebelum ini namun hari ini...kita mampu berbangga yang hanya negeri Terengganu memilikinya. Satu- satunya di dunia. Wow...itu saja yg mampu ku luah kan.Bersama 21 monumen keagungan Islam dari seluruh dunia, bersama dengan keunikan Masjid Kristal..ia bukan setakat meningkatkan kedatangan pelancong ke sini malah penduduk tempatan juga mampu tersenyum dengan peluang-peluang pekerjaan yang banyak. Hati ku lg terusik apabila para pelancong asing terutama pelancong dari Eropah memuji-muji akan keindahan Masjid Kristal itu sendiri even dengan hanya memandang sekeping gambar. Terfikir sejenak...kenapa segelintir masyarakat kita memperlekehkan tentang kewujudan taman ini sedangkan masyarakat luar memandang tinggi akannya????????

by,
Parid Rasa Sayang

Terengganu...Negeri Ku


"Allah...Pelihara lah Terengganu"
Doa setiap rakyat tuk Negeri Terengganu tercinta

by,
Parid Rasa Sayang
* gmbr ini agak kabur coz time nih hujan...huhu

Selamat Pagi Pulau Perhentian....

Selamat pagi.........syukur..arini masih lagi mampu aku bernafas di muka bumi tuhan. Lihat lah alam...luas terbentang dengan seribu rahmat. selamat semuanya.Moga apa yang kita ada arini..akan kekal buat selamatnya. Moga2 pembangunan di sini dapat difikirkan dengan bijak dan teratur agar khazanah yang ada tidak akan terjejas kerana kerakusan manusia yang hanya mengejar KEKAYAAN! Kepada para pelancong...sila ikuti arahan yang telah ditetapkan oleh pihak  berkuasa. Jadilah pelancong yang bertanggungjawab. sekian.

by,
Parid Rasa Sayang
20 Mei 2010

MoHd Parid Ismail (Parid Rasa Sayang) a boatman at Perhentian Island. Call me 012-9831970 or mail anemones747@gmail.com. Member of Terengganu Tourist Guide (TTGA) No: TG8796 (Tourist Guide Licenced)